Antara Gapi

Antara Gapi...is ideally nestled within the serenity of nature and filled with lush tropical beauty..homes that offer you and your family the opportunity to live in total harmony, amidst an inspiring scenic ambience

Thursday, September 15, 2011

Remaja KARIB Meladeni Warga Orang Asal

Satu program khas Jalan-Jalan Masuk Kampung (JJMM) yang dianjurkan oleh Majlis Kebajikan dan Pembangunan Masyarakat Kuala Lumpur (MAKPEMKL) dan Wargakilang.com telah turut disertai oleh remaja-remaja KARIB. Program setengah hari di bulan ranadan pada 13hb Ogos 2011 di Kampung Orang Asli Pos Bersih, Ulu Slim turut memberi makna kepada penghayatan ramadan..."Siapa memberi makan (berbuka puasa) kepada orang puasa makan baginya seumpama balasan pahala orang yang berpuasa dengan tidak kurang sedikitpun ." (Al Hadith). 
Kg Orang Asli Pos Bersih terletak di Behrang Ulu kira-kira 30 km dari Bandar Tg Malim. Perkampungan yang menempatkan suku Semai mempunyai 120 keluarga dan juga mempunyai kemudahan awam yang agak baik - sekolah, dewan, bekalan air dan eletrik. Walau bagaimanapun keluarga yang tinggal di kaki banjaran Titiwangsa masih daif dan memerlukan banyak bantuan. Ada Pusat Rehlah Sg Bil dan Pusat Rekreasi Air Panas sebelum sampai ke perkampungan ini.
Delegasi yang terdiri daripada sukarelawan MAKPEMKL, Wargakilang.com, JIM dan IKRAM membawa bersama mereka sumbangan barangan berupa makanan mentah, pakaian dan alatulis sekolah. Remaja-remaja kita turut menghulur bantuan, mengangkut dan mengedar sumbangan-sumbangan tersebut. Majlis penyerahan dilakukan oleh Pengerusi Wargakilang Sdr Mohd Warikh Ishad Ali dan Sdr Hasni Marjumat YDP MAKPEMKL kepada Tok Batin Sani a/l Yeokyim yang kemudiannya diagih-agihkan kepada anak-anakbuahnya mengikut famili. Ada 4 keluarga muslim yang diberikan agihan zakat.
Semoga remaja-remaja kita - Firdaus Zulkefli, Rossrafiq Rosli dan Amirin Zaki dapat belajar sesuatu yang berguna kepada diri mereka yang boleh dicurahkan kepada remaja-remaja lain di Antara Gapi.
Unit MediaPerantara

No comments:

Post a Comment