Antara Gapi

Antara Gapi...is ideally nestled within the serenity of nature and filled with lush tropical beauty..homes that offer you and your family the opportunity to live in total harmony, amidst an inspiring scenic ambience

Sunday, August 28, 2011

Masih Ada Yang Sayang


Ramadan bulan penuh kemuliaan bulan yang cukup untuk memudahkan hati, meringankan tangan untuk kita bersedekah. Peluang-peluang untuk beramal di bulan puasa yang penuh barakah ini cukup luas..

Imam Bukhari meriwayatkan dari Ibnu Abbas yang menceritakan;
كَاْنَ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم أَجْوَدَ النَّاْسِ، وَأَجْوَدُ مَاْ يَكُوْنُ فِي رَمَضَاْنَ، حِيْنَ يَلْقَاْهُ جِبْرِيْلُ، وَكَاْنَ جِبْرِيْلُ عليه السلام يَلْقَاهُ فِي كُلِّ لَيْلَةٍ مِنْ رَمَضَانَ فَيُدَارِسُهُ الْقُرْآنَ، فَلَرَسُولُ اللهِ صلى الله عليه وسلم أَجْوَدُ بِالْخَيْرِ مِنَ الرِّيْحِ الْمُرْسَلَةِ
“Rasulullah s.a.w. merupakan manusia yang paling pemurah. Baginda menjadi lebih pemurah lagi pada bulan Ramadhan tatkala Jibril datang kepada baginda. Jibril datang kepada baginda pada setiap malam di bulan Ramadhan untuk bertadarus al-Quran dengan baginda. Sesungguhnya Rasulullah lebih pemurah dari angin lepas (*yakni angin yang bertiup tanpa sekatan/halangan)”.
Seperti tahun-tahun dahulunya Jawatankuasa Surau Al Muttaqin, melalui Jawatankuasa Khas Ramadan menawarkan peluang tersebut untuk menyumbang kepada fakir miskin, anak-anak yatim, warga emas dan orang-orang yang dalam kepayahan.
Pada 25hb Ogos 2011, antara 10 malam terakhir pihak jawatankuasa telah mengadakan Sesi Sumbangan kepada warga-warga yang memerlukan tadi.
Turut menerima hadiah dan penghargaan ialah imam-imam, bilal-bilal tarawikh yang bertugas, peserta tadarus dan juga anak-anak muda yang bertugas menguruskan jamuan moreh.
Wakil-wakil dari Jawatankuasa Surau Al Muttaqin Sdr Burhan, PERANTARA Sdr Hasni dan KRT Dato; Ghazali juga turut memberi ucapan dan pesanan.



 


Allah lah sebaik-sebaik pemberi balasan kepada penyumbang-penyumbang dan petugas-petugas bagi melicinkan amal ramadan di surau khususnya. Terbaeek dan tahniah.

لَوْ يَعْلَمُ النَّاسُ مَا فِي هَذَا الشَّهْرِ مِنَ الْخَيْرَاْتِ لَتَمَنَّوْا أَنْ يَكُوْنَ رَمَضَاْنُ اَلسَّنَةَ كُلَّهَا
“Sekiranya manusia benar-benar menyedari kebaikan-kebaikan yang ada di bulan Ramadhan ini, pastinya mereka akan mengharapkan supaya sepanjang tahun adalah Ramadhan”. (Riwayat Ibnu Abi Dunya)
Semoga kita bertemu ramadan akan datang.
-Unit MediaPerantara

No comments:

Post a Comment