Antara Gapi

Antara Gapi...is ideally nestled within the serenity of nature and filled with lush tropical beauty..homes that offer you and your family the opportunity to live in total harmony, amidst an inspiring scenic ambience

Monday, November 21, 2011

INISIATIF PENUBUHAN JAWATANKUASA TAMAN FIRDAUSI ANTARA GAPI


INISIATIF PENUBUHAN JAWATANKUASA TAMAN FIRDAUSI ANTARA GAPI



1.       SINOPSIS
a.    Antara Gapi setelah 10 tahun penempatannya menunjukkan peningkatan ketara jumlah penduduknya dan di masa yang sama fasa-fasa perumahan yang baru terus dibina.
b.    Di dalam tempoh tersebut sudah puluhan jumlah warga Antara Gapi yang dipilih Allah untuk kembali ke alam baqa.
c.     Manakala urusan hal ehwal kematian dan khairat di Antara Gapi masih lagi bernaung di bawah Badan Khairat Masjid Al Ehsan Ulu Yam Lama walaupun ia dikendalikan oleh wakilnya di Antara Gapi.
d.    Justeru itu keperluan untuk mempunyai tapak tanah perkuburan sendiri dan mempunyai badan khairat sendiri adalah menjadi suatu yang penting dan utama.

2.       OBJEKTIF PENUBUHAN
a.    Menguruskan perolehan tapak tanah perkuburan di Antara Gapi dengan pihak pemaju dan pihak-pihak yang berkaitan
b.    Menguruskan hal ehwal penyediaan dan persediaan tanah perkuburan di Antara Gapi
c.     Menubuhkan Badan Khairat yang bertanggungjawab menguruskan hal ehwal khairat dan kematian warga di Antara Gapi serta pengurusan tanah perkuburan

3.       JAWATANKUASA
Cadangan nama : Jawatankuasa Taman Firdausi Antara Gapi
Pengerusi : Burhan

4.       SKOP KERJA
a.    Mendapatkan tapak tanah perkuburan yang rasmi dari pihak PKNS dan digazetkan kepada JAIS
b.    Mendapatkan endorsemen dari pihak JAIS sebagai tanah perkuburan
c.     Menguruskan kerja-kerja penyediaan sebuah tanah perkuburan yang lengkap
d.    Menubuhkan Badan Khairat Antara Gapi
e.    Penyerahan pengurusan tanah perkuburan kepada Badan Khairat Antara Gapi

5.       MODEL KERJA

PENUBUHAN JAWATANKUASA SEKOLAH AGAMA ANTARA GAPI


INISIATIF PENUBUHAN JAWATANKUASA SEKOLAH AGAMA ANTARA GAPI 

1.RASIONAL
a.    Pendidikan Islam adalah merupakan ilmu yang fardhu dipelajari dan dihayati oleh semua orang yang bernama muslim
b.    Cabaran semasa dan belumkesediaan ibubapa mencernakan ilmu pendidikan dirumah menjadikan alternatif sumber pendidikan perlu diwujudkan
c.     Di masa yang sama walaupun pendidikan asas Islam menjadi kurikulum di tadika dan di sekolah rendah, kefahaman dan penghayatan memerlukan reinforcement yang berterusan khususnya dalam konteks amal
d.    Terdapat beberapa sekolah agama berhampiran, tetapi dengan pertambahan bilangan penduduk di Antara Gapi adalah wajar satu sekolah agama diwujudkan

2.OBJEKTIF PENUBUHAN
a.    Menguruskan perolehan tapak sekolah agama di Antara Gapi dengan pihak pemaju dan pihak-pihak yang berkaitan
b.    Membina dan mewujudkan bangunan dan prasarana sekolah agama
c.     Menentukan model dan kurikulum sekolah agama
d.    Menubuhkan Jawatankuasa Lembaga Sekolah yang akan menubuhkan Jawatankuasa Pengurusan Sekolah terdiri dari kakitangan pentadbiran dan akademik

3. JAWATANKUASA
Cadangan nama : Jawatankuasa Sekolah Agama Antara Gapi
Pengerusi : Hasni
Setiausaha : Abd Razak
Bendahari : Azman
Ajk : Ust Shamsul
Ajk : Hjh Siti Hajar

4.SKOP KERJA
a.    Mendapatkan tapak tanah sekolah agama dari pihak PKNS
b.    Menyediakan kertas konsep penubuhan sekolaha agama termasuk model dan kurikulum
c.     Mendapatkan dana dan sumber kewangan
d.    Menguruskan kerja-kerja pembinaan sekolah dan penyediaan prasarana lengkap
e.    Mewujudkan Jawatankuasa Lembaga Sekolah yang akan mencadangkan Jawatankuasa Pengurusan Sekolah dan proses pendaftaran sekolah

5.MODEL KERJA

Thursday, November 10, 2011


Eidul Adha...mengamit lagi..sudah tentu ibadah qurban menjadi amalan utama yang dinanti-nantikan sebagai tanda syukur kepada Maha Pencipta..Allah azwajala.

“Maka kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu dan sembelihlah qurban (sebagai tanda syukur)”
(Al-Kauthar:2)


Namun usah lupa bulan Zulhijjah ini jugalah berhimpunnya para hujjaj menunaikan rukun Islam yang lima, mereka telah medambakan diri mereka kepada Allah, mereka telah dipilih Allah menjadi tetamuNya. Mari kita doakan agar para hujjaj dari Antara Gapi dan seluruh umat Islam yang kesana mendapat haji yang mabrur dan balik menjadi lebih hebat..insyaallah.


Dari Abu Hurairah ra, Rasulullah saw bersabda : 'Umrah ke umrah berikutnya merupakan pelebur dosa antara keduanya, dan tiada balasan bagi haji mabrur melainkan surga'. HR Bukhari Muslim. 


Sekali lagi Jawatankuasa Ibadah Qurban 2011 Antara Gapi, komite yang diwujudkan oleh Jawatankuasa Surau Al Muttaqin menganjurkan majlis qurban. Kali ini pihak jawatankuasa mendapat penyertaan 3 ekor lembu dari kalangan penduduk Antara Gapi. Jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Hj Bakhtiar yang juga Timbalan Pengerusi Surau Al Muttaqin telah menetapkan majlis tersebut diadakan pada hari raya pertama Eidul Adha 6hb November 2011, jam 10.00 pagi di perkarangan Surau Al Muttaqin. Sebelum itu satu gotong royong telah diadakan pada 5hb november 2011 bagi memastikan segala urusan dan kerja-kerja majlis qurban berjalan lancar.


Majlis qurban yang dimulakan dengan sarapan pagi telah disediakan oleh Sdr Jamaludin dan Pn Hjh Siti Hajar di rumah mereka. 3 ekor lembu qurban telah diuruskan oleh 3 team petugas yang telah siap-siap disusun..menariknya mereka ini terdiri dari kalangan remaja, belia dan warga emas. Sudah tentu kehadiran para belia Antara Gapi menyumbang besar dalam menguruskan lembu-lembu untuk disembelih..jenuh juga nak menumbangkan seekor lembu tanpa orang-orang muda ni. Tukang sembelih kali ini dilaksanakan oleh Ust Yazid dan Hj Mamat, Tok Siak kita. Urusan melapah, memotong dan menimbang disusuli dengan pembungkusan daging yang mana kerja-kerja pemotongan kecil dan pembungkusan ini diuruskan oleh anak-anak remaja kita. Menjelang sebelum waktu zohor, hampir semua daging-daging telah siap dibungkus dan boleh diambil dan diedarkan kepada peserta-peserta qurban, petugas-petugas dan kumpulan sasar dari kalangan warga emas, orang miskin dan yang memerlukannya. 



Sup tulang - sementara kerja-kerja urusan daging berakhir para petugas telah dihidangkan dengan sup tulang dan makan tengahari berlaukkan kari daging. Team masak yang diketuai oleh Pn Siti Hajar dan Pn Hamiah telah bekerjasama menyediakan makanan yang enak dan menyelerakan,apatah lagi setelah penat melakukan kerja-kerja qurban. Tukang masak tidak lain tidak bukan..antaranya Sdr Ghazali dan tokeh Tom Yam, Sdr Hassan dengan dibantu oleh ramai geng-geng wanita.


Sebahagian daging diagihkan kepada warga yang memerlukan di kawasan perumahan Serendah, Sdr Burhan, Pengerusi Jawatankuasa Surau Al Muttaqin sendiri yang mengedarkannya.


Ingin merakamkan jutaan terima kasih dari pihak Jawatankuasa Ibadah Qurban 2011 Antara Gapi kepada semua para peserta qurban, para petugas, warga remaja, warga belia, warga muslimat dan semua penduduk dari Fasa 1B, 1C, 1D, 1E, 2A, 2C dan 5B dan para penyumbang yang telah sama-sama menjayakan majlis qurban pada tahun ini. Semoga segala amal dan usaha-usaha kita dapat mengungkapkan makna dan erti pengorbanan sebagai seorang hamba Allah..lebih-lebih lagi orang yang melakukan qurban itu sendiri. Kita doakan agar kita pula yang berkorban pada tahun hadapan...kita doakan agar kita juga berkesempatan untuk menjadi tetamu Allah..insyaAllah.


- UnitMedia Perantara

Tuesday, October 25, 2011

Isu Keselamatan : Perbincangan Bersama PKNS dan Wakil-Wakil Penduduk

Pada 22hb Oktober 2011 telah berlangsungnya perbincangan berkenaan aspek keselamatan di Antara Gapi. Perjumpaan khas initiatif pihak PKNS dengan wakil-wakil penduduk Antara Gapi adalah sesuatu yang sangat dinanti-nantikan. Isu dan krisis keselamatan dengan beberapa kejadian rompakan dan samun yang berturut-turut menjadi satu mimpi ngeri dan tidak melenakan tidur. Sudah tentu perjumpaan ini memberi peluang dan ruang untuk melihat strategi dan tindakan terbaik secara menyeluruh bagaimana ingin memastikan aspek keselamatan dan kesejahteraan penduduk terjamin.


Perjumpaan yang melibatkan Kontroler Wilayah Tengah PKNS, Pn Rodziah Ahmad dan En Iswardy Mohd Yunus selaku Jurutera Kawasan sudah tentu telah mendapat perhatian pihak tertinggi PKNS. Berlangsung di Pejabat Jualan (Lama) PKNS Seksyen 2A telah menghimpun wakil-wakil dari Persatuan Penduduk Antara Gapi, KRT Antara Gapi, Persatuan Penduduk Seksyen 2A Antara Gapi, Jawatankuasa Keselamatan 2C Antara Gapi, wakil penduduk dari 1E dan wakil penduduk 5A. Perjumpaan ini juga melibatkan Bahagian Keselamatan PKNS serta Sistem Kawalan Sekutu Sdn Bhd selaku kontraktor pembekal pengawal keselamatan yang diwakili oleh Ketua Pengawal Keselamataan.


Objektif perbincangan ialah untuk mendapatkan penjelasan dari pihak penduduk berkenaan isu dan kes keselamatan dan mengenalpasti strategi-strategi utama yang praktikal dan boleh dilaksanakan. Sebelum itu Pengerusi Bahagian Keselamatan telah memberi taklimat berkenaan peranan dan skop pengawalan keselamatan di Antara Gapi. Pengawalan adalah lebih kepada hal-hal pengawalan projek pembinaan rumah dan infrastruktur dan kenderaan-kenderaan yang berkaitan pembinaan juga pengawalan rumah-rumah yang belum diserah kunci. Berikut disenaraikan perkara-perkara berkaitan yang telah dibincangkan :


1.        Penjelasan berkenaanBoom Gate yang telah diluluskan oleh pihak PKNS
2.        Permohonan penyediaan pejabat/ bilik gerakan KRT
3.        Permohonan mengadakan pos-pos kawalan
4.        Status CCTV
5.        Memohon pihak PKNS urge pihak Polis untuk mempercepatkan penempatan Balai Polis
6.        Adakan pos pengawalan di semua jalan masuk utama
7.        Kawalan penempatan warga asing di kebun getah berhampiran/ lot milik individu yang menjadikan Antara Gapi sebagai laluan masuk dan kemungkinan ada anasir-anasir dari kawasan penempatan ini
8.        Laporan berkenaan lori sampah dan lori sampah binaan masuk di perumahan Antara Gapi di awal pagi (4 am/ sebelum 6 am)
9.        Lampu jalan di 5A tidak berfungsi
10.    Lampu di tasik juga tidak berfungsi
11.    Meter board TNB di perumahan 5A dipasang rendah

12.  Semak-samun di bahu Persiaran Gapi 2 perlu `diclearkan’


Diakhir sesi perbincangan beberapa tindakan-tindakan telah digariskan :



1.    Menyediakan cadangan rasmi :

 a.         Lokasi boom gate di setiap fasa
 b.         Bilik gerakan
 c.         Pos-pos kawalan masuk ke setiap fasa
 d.         Pembersihan semak samun
2.    Pejabat Jualan (Lama) PKNS di Seksyen 2A boleh digunakan untuk tujuan mesyuarat   dengan memohon kebenaran dari pihak pengawal
3.    PKNS meminta pihak pengawal menghadkan kemasukkan lori sampah selepas 6 am dan  sebelum 7 pm
4.    Semakan oleh PKNS terhadap aduan lampu jalan 5A dan tasik
5.    Laporan PKNS kepada pihak TNB berkenaan meter board di 5A
6.    Pihak PKNS akan mengadakan `operasi’ di kawasan penempatan warga asing
7.    Mengadakan mesyuarat keselamatan secara berkala
 8. Mengadakan perbincangan yang kerap dengan pihak Polis


Sesungguhnya perbincangan seumpama ini memang membuahkan idea dan langkah-langkah yang difahami, namun akhirnya berTINDAKlah yang menjadi penentu. Seperkara lagi ialah perbincangan ini dapat menemukan banyak pihak yang memudahkan aspek penyelarasan hal-hal berkaitan keselamatan dan yang lain-lain aspek juga.


Pihak Persatuan Penduduk Antara Gapi telah memanggil Mesyuarat Penyelarasan Keselamatan khususnya bagi menyediakan kertas cadangan kepada pihak PKNS :
Tarikh : 26hb Oktober 2011, 
Masa : 9.00 malam
Tempat : Pejabat Jualan (Lama) PKNS Seksyen 2A


Terima kasih kepada pihak PKNS khususnya Pn Rodziah yang telah initiate perjumpaan ini, semoga ia memulakan titik tolak yang positif yang akhirnya memberi impak kepada reputasi dan prospek jualan PKNS dan yang paling utama ialah kepada para pemilik dan penghuni yang mendiami rumah-rumah PKNS ini.
TALK THE WALK ...AND WALK THE TALK!
- Unit MediaPerantara.

Tuesday, October 18, 2011

Pemasangan Menara Telekomunikasi, YES 4G - YTL

Mohon perhatian dan maklumbalas para penduduk Antara Gapi, SEGERA sebelum 21/10/2011..
kerjasama anda sangat dihargai.
Unit MediaPerantara

Friday, October 7, 2011

Lawatan Belajar Anak-Anak Kita

6hb Oktober 2011 mencatatkan lagi agenda kokurikulum pelajar Tabika KEMAS Gapi Bestari. Jika tahun 2010 pelajar-pelajar tabika melawat ke kilang roti High 5 dan kilang coklat Beryl's kali ini agenda Lawatan Belajar ke empat tempat iaitu Menara Kuala Lumpur, Muzium Telekom, Hutan Lipur Bukit Nanas dan kilang Yakult (Malaysia) di Seremban.
Penyertaan walaupun tidak semua pelajar dapat terlibat tetapi sudah cukup untuk menguja ketidak sabaran para pelajar ke tempat-tempat tersebut. Rombongan memulakan lawatan di Muzium Telekom, walaupun usia terlalu awal untuk appreciate perkembangan teknologi tetapi sekurang-kurangnya dapat dikongsikan model-model telefon yang atuk-atuk mereka gunakan.
Menara Kuala Lumpur menjadi tempat yang ditunggu-tunggu untuk dilawati..mereka begitu ghairah melihat bangunan-bangunan pencakar langit begitu kecil seolah-olah boleh dicapai. Kebetulan agak ramai pengunjung termasuklah pelajar-pelajar sebaya mereka dari tabika lain.
Menjelang tengahari sebelum waktu makan, mereka berkesempatan untuk merentas satu-satunya hutan di tengah 'hutan batu' di Kuala Lumpur - Hutan Lipur Bukit Nanas memang unik, bunyi unggas dan suasananya seolah-olah berada di hutan belantara. Ketika merentas hutan para pelajar jauh kedepan ..tinggal lah cikgu dan pengiring yang semput-semput. Tetapi tidak apa sebab semua ahli rombongan dijamu dengan makanan yang enak dan menyelerakan.
Kemudian rombongan bergegas ke Seremban 2 untuk ke kilang Yakult. Ditampani dengan mesra oleh pegawai-pegawai di sana dengan taklimat dan penerangan berkenan proses membuat minuman kultur Yakult yang berkhasiat dan penuh dengan 'bakteria baik'. Para pelajar sangat menghargai penjelasan mereka..sudah tentu Yakult menjadi pilihan. Sebelum pulang para pelajar juga diberikan minuman Yakult termasuk untuk dibawa pulang.
Semoga perjalanan jauh ini membawa pulangan yang bermanfaat kepada para pelajar juga kepada pengiring - menghargai alam, sehebat mana pun binaan yang dibina manusia hebat lagi Pencipta manusia. Termasuk menjaga pemakanan yang sihat.
- Unit MediaPerantara