Antara Gapi

Antara Gapi...is ideally nestled within the serenity of nature and filled with lush tropical beauty..homes that offer you and your family the opportunity to live in total harmony, amidst an inspiring scenic ambience

Thursday, September 22, 2011

1Hari Raya di Antara Gapi 2011



Pada 18hb September 2011 satu Sambutan Hari Raya Eidul Fitri Antara Gapi 2011 telah diadakan di perkarangan Surau Al Muttaqin, Antara Gapi. Sambutan yang dianjurkan bersama oleh Persatuan Penduduk Antara Gapi (PERANTARA), Jawatankuasa Surau Al Muttaqin, Kawasan Rukun Tetangga Antara Gapi (KRT) dan Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA) Mukim Antara Gapi telah berjaya menggamit penduduk-penduduk Antara Gapi untuk beraya dan seterusnya dapat mengikat silaturrahim di samping menambah rasa ukhuwah dan semangat kerjasama.
Majlis telah bermula jam 10.00 pagi lagi dan berakhir sebelum 1.00 tengahari. Sambutan secara sederhana ini tetap dapat menghidangkan makanan kegemaran ramai antaranya lemang, nasi impit, rendang, masak lodeh, meehon, bubur kacang dan kuih muih..Para penduduk yang turut berkunjung bersama seisi keluarga ada juga yang membawa juadah-juadah tambahan..alhamdulilLah.

Program dimulakan dengan ucapan alu-aluan pengerusi sambutan, Sdr Abdul Razak yang juga merupakan Setiausaha JK Surau Al Muttaqin. Kemudian baton mikrofon dipas kepada Sdr Abd Rahim selaku Pengarah Sambutan juga mewakili KRT Antara Gapi, Sdr Hasni Marjumat (PERANTARA), Sdr Burhan (JK Surau Al Muttaqin) dan akhirnya Sdr Hatta Rasol yang mewakili RELA Mukim Antara Gapi. Kehadiran YB Dato' Md Isa Abu Kassim, ADUN Batang Kali juga diberi ruang untuk memberi sedikit ucapan. Tetamu dan para pengunjung turut didendangkan dengan lagu-lagu raya dan nasyid kontemporari.

AlhamdulilLah program berjalan dengan lancar...sudah tentu tanpa kerja kuat, perancangan awal dan penglibatan semua pihak tidak akan memungkinkan sambutan ini dapat dibuat. Terima kasih dan syabas kepada Sekretariat Sambutan Hari Raya Eidul Fitri Antara Gapi 2011 dari gabungan 4 organisasi, ajk dan petugas-petugas yang terlibat dan tidak lupa juga orang kuat Muslimah, Pn Hajah Siti Hajar yang dapat membawakan kerjasama yang baik dari kaum hawa. Jutaan terima kasih juga kepada para dermawan yang menyumbang wang ringgit dan kemudahan-kemudahan..terima kasih, terima kasih.

Akhirnya ingin memetik ucapan dari Sdr Hasni, Pengerusi PERANTARA..'Kun rabbaniyun wa la takun ramadaniyun' ..jadilah kita ini hamba yang beribadah kerana Allah tetapi bukanlah beribadah/ menjadi hamba ibadah hanya ketika di bulan ramadan. - Unit Media PERANTARA.

No comments:

Post a Comment