Antara Gapi

Antara Gapi...is ideally nestled within the serenity of nature and filled with lush tropical beauty..homes that offer you and your family the opportunity to live in total harmony, amidst an inspiring scenic ambience

Monday, June 27, 2011

MP Hulu Selangor turun padang

Pada 25hb Jun 2011 yang lalu Encik P Kamalanathan, Ahli Parlimen Hulu Selangor telah melawat ke Antara Gapi. Satu sesi penerangan dan temu bual dengan orang ramai telah diadakan. 



Isu-isu pecah rumah, jalan akses ke Sg Tua, bantuan anak belajar dan sumbangan prasarana orang ramai termasuk lembu-lembu sesuka hati masuk taman dan memakan bunga antara yang telah dikeutarakan. 
Program yang dijalankan di Balai Gapi Seksyen 1D, Antara Gapi turut disertai oleh warga penduduk dari Serendah dan Batang Kali. 
Beliau juga turut memberi sedikit sumbangan kepada beberapa warga emas dan yang memerlukan bantuan. Selepas itu orang ramai telah dijamu dengan sedikit jamuan.
- Unit MediaPerantara