Antara Gapi

Antara Gapi...is ideally nestled within the serenity of nature and filled with lush tropical beauty..homes that offer you and your family the opportunity to live in total harmony, amidst an inspiring scenic ambience

Friday, October 7, 2011

Lawatan Belajar Anak-Anak Kita

6hb Oktober 2011 mencatatkan lagi agenda kokurikulum pelajar Tabika KEMAS Gapi Bestari. Jika tahun 2010 pelajar-pelajar tabika melawat ke kilang roti High 5 dan kilang coklat Beryl's kali ini agenda Lawatan Belajar ke empat tempat iaitu Menara Kuala Lumpur, Muzium Telekom, Hutan Lipur Bukit Nanas dan kilang Yakult (Malaysia) di Seremban.
Penyertaan walaupun tidak semua pelajar dapat terlibat tetapi sudah cukup untuk menguja ketidak sabaran para pelajar ke tempat-tempat tersebut. Rombongan memulakan lawatan di Muzium Telekom, walaupun usia terlalu awal untuk appreciate perkembangan teknologi tetapi sekurang-kurangnya dapat dikongsikan model-model telefon yang atuk-atuk mereka gunakan.
Menara Kuala Lumpur menjadi tempat yang ditunggu-tunggu untuk dilawati..mereka begitu ghairah melihat bangunan-bangunan pencakar langit begitu kecil seolah-olah boleh dicapai. Kebetulan agak ramai pengunjung termasuklah pelajar-pelajar sebaya mereka dari tabika lain.
Menjelang tengahari sebelum waktu makan, mereka berkesempatan untuk merentas satu-satunya hutan di tengah 'hutan batu' di Kuala Lumpur - Hutan Lipur Bukit Nanas memang unik, bunyi unggas dan suasananya seolah-olah berada di hutan belantara. Ketika merentas hutan para pelajar jauh kedepan ..tinggal lah cikgu dan pengiring yang semput-semput. Tetapi tidak apa sebab semua ahli rombongan dijamu dengan makanan yang enak dan menyelerakan.
Kemudian rombongan bergegas ke Seremban 2 untuk ke kilang Yakult. Ditampani dengan mesra oleh pegawai-pegawai di sana dengan taklimat dan penerangan berkenan proses membuat minuman kultur Yakult yang berkhasiat dan penuh dengan 'bakteria baik'. Para pelajar sangat menghargai penjelasan mereka..sudah tentu Yakult menjadi pilihan. Sebelum pulang para pelajar juga diberikan minuman Yakult termasuk untuk dibawa pulang.
Semoga perjalanan jauh ini membawa pulangan yang bermanfaat kepada para pelajar juga kepada pengiring - menghargai alam, sehebat mana pun binaan yang dibina manusia hebat lagi Pencipta manusia. Termasuk menjaga pemakanan yang sihat.
- Unit MediaPerantara

No comments:

Post a Comment