‘Antara Gapi’ adalah
merupakan nama rasmi bagi projek pembangunan perumahan terletak di antara Mukim
Ulu Yam dan Mukim Serendah yang dimajukan oleh PKNS. Asal kawasan pembangunan
adalah sebuah ladang kelapa sawit yang dipanggil Estet Gapi dan terdapat sebuah
sungai berhampiran yang dipanggil Sungai Gapi.
Alamat
Alamat dan tempat urusan pertubuhan ialah: NO 6 JALAN GAPI
1B/12, SEKSYEN 1 ANTARA GAPI, 48200 SERENDAH, SELANGOR.
Logo
Lambang Persatuan adalah terdiri daripada : logo projek perumahan
PKNS – Antara Gapi, perisai dan moto Persatuan.
Logo Antara Gapi merupakan imej berbentuk ‘A’ yang
mengambarkan Siput Merawan dan juga nama spesis pokok tropika yang ditanam di
persekitaran perumahan Antara Gapi, ia melambangkan suasana panorama kehijauan,
bersih dan sihat. Ia juga melambangkan inspirasi kecintaan dan pengekalan
persekitaran alam semula jadi.
Perisai yang mengelilingi lambang Persatuan menggambarkan
keazaman pihak Persatuan untuk menjadikan kawasan penempatan Antara Gapi
sebagai sebuah tempat yang selamat dan harmoni.
Moto ‘suara untuk esok’ memberi maksud akan kesungguhan
pihak kepimpinan persatuan untuk menjadikan Persatuan Penduduk Antara Gapi sebagai
pertubuhan rujukan, perantara kepada pihak berkuasa tempatan, pemaju dan pihak
luar. Moto tersebut juga merupakan nilai dan kualiti yang perlu ditunjukkan
oleh pegawai-pegawai Persatuan sebagai jurubicara masyarakat.
Keterangan warna : Hijau
– keazaman pihak Persatuan dan para penduduk untuk menjadikan perumahan Antara
Gapi menjadi sebuah penempatan taman.
Coklat – pemupukan komuniti penduduk yang produktif,
sensitif dan agen penyumbang positif kepada pembangunan Negara.
Oren – dinamiksme masyarakat yang berbilang kaum
mementingkan semangat kejiranan, keharmonian dan kasih sayang.
Putih – pada latarbelakang perisai memberi maksud akan
aspirasi Persatuan yang berusaha menjadikan nilai-nilai mulia, bersih dan
toleransi sebagai asas pengamalan, pendekatan dan pengoperasian. Ia juga
mengunjurkan kepada pembaikan yang berterusan dan seimbang.
Tujuan/Matlamat
(1) Menyatupadu
dan memupuk semangat muhibbah di kalangan para penduduk di Antara Gapi.
(2) Menjalankan
aktiviti-aktiviti kebajikan, pendidikan, sukan, rekreasi dan lain-lain aktiviti
yang bermanfaat untuk para penduduk
(3) Menjadi
penghubung kepada pihak pemaju perumahan, pihak berkuasa tempatan dan
pihak-pihak yang berkaitan demi keselamatan dan kemajuan masyarakat
Keahlian
(1) Terbuka
kepada Warganegara Malaysia berumur 18 tahun keatas yang tinggal di Antara Gapi,
Serendah, Selangor.
(2) Tiap-tiap
permohonan menjadi ahli hendaklah dicadangkan dan disokong oleh dua orang ahli
dan dihantar kepada Setiausaha yang dikehendaki mengemukakan permohonan itu
dengan secepat mungkin kepada Jawatankuasa untuk diluluskan. Jawatankuasa boleh
mengikut budibicaranya menolak sebarang pemohonan tanpa memberi sebab-sebabnya.
(3) Tiap-tiap
pemohon yang permohonannya telah diluluskan seperti yang tersebut di atas,
hendaklah setelah membayar bayaran masuk dan yuran tahunan pertama seperti yang
ditetapkan diterima menjadi ahli Persatuan dan berhaklah ia sebagai ahli.
(4) Seorang
pelajar Universiti atau Kolej-Universiti tidak boleh diterima menjadi ahli
Persatuan ini kecuali ia telah dibenarkan terlebih dahulu secara bertulis oleh
Naib Canselor Universiti yang berkenaan.
Yuran
Bayaran masuk RM 3.00 (Ringgit Malaysia : Tiga Sahaja)
Yuran tahunan RM 2.00 (Ringgit Malaysia : Dua Sahaja)
No comments:
New comments are not allowed.