Antara Gapi

Antara Gapi...is ideally nestled within the serenity of nature and filled with lush tropical beauty..homes that offer you and your family the opportunity to live in total harmony, amidst an inspiring scenic ambience

Tuesday, April 26, 2011

Antara Gapi MTB ditubuhkan


Penduduk Antara Gapi wajar berbangga apabila Antara Gapi MTB telah dirasmikan dengan jayanya pada 23hb April 2011. Perasmian telah dibuat oleh Yang Dipertua Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) Tn. Hj Tukiman B Nail dan dihadiri oleh wakil penduduk En Hasni Marjumat (Persatuan Penduduk Antara Gapi) dan wakil PKNSMTB yang terdiri daripada En. Mohd Iswardy, En Azhar Shukor, En Sharuddin Rashid dan En Mohd Haidir.


PKNSMTB yang merupakan pelopor kepada tertubuhnya Antara Gabi MTB banyak mendorong team Antara Gapi MTB bermula dari program Kayuhan Antara Gapi pada tahun 2009, ketika itu para penduduk hanya sekadar menjadi peserta. Ada yang menggunakan basikal anak-anak pun ada.
bersama YDP MDHS

Sebelum acara perasmian pertandingan Speed Challenge Antara Gapi juga telah dijalankan. Loop trek adalah dianggarkan berjarak 5 km/rider dengan 3 kali pusingan. Laluan adalah 40% offroad dan 60% road. Acara ini disertai oleh beberapa kelab basikal di sekitar Hulu Selangor.



Gambar kenangan bersama Pengerusi Antara Gapi MTB (kiri) dan orang kuat Antara Gapi MTB (Kanan) Cikgu Roslan

- Unit MediaPerantara

Thursday, April 7, 2011

Dialog Bajet Selangor 2012 Bersama Rakyat


Sesi dialog yang berlangsung pada 4hb Ogos 2011 telah diadakan di Rumah Rehat Kerajaan, Jalan Golf Kuala Kubu Bahru. Ia dsertai oleh semua wakil-wakil komuniti kampung dan taman di Hulu Selangor, Balai Polis, wakil MDHS, tentera, bomba dan tokoh-tokoh tempatan. Persatuan Penduduk Antara Gapi juga turut dipanggil, Sdr Hasni b. Marjumat (Pengerusi) dan Sdr Hassan b. Mat Said (Timb Pengerusi) hadir bagi mewakili suara penduduk di Antara Gapi.
Sesi yang bertujuan untuk mendapatkan pandangan rakyat dalam merangka Bajet 2012 Selangor ini merupakan cara baru iaitu pendekatan dari bawah ke atas (Bottom-up) sebagai imbangan kepada perancangan dari atas ke bawah (top-down) untuk memastikan Selangor Blueprint 2011 - 2013 lebih konkrit dalam konteks dasar dan perlaksaan berkesan. Ia juga dapat memastikan Kerajaan Selangor mengambil kira pandangan masyarakat dalam isu akar umbi dan mengambil tindakan penambaikan keadaan di setiap daerah dalam negeri. 
Penyediaan Bajet Selangor  2012 adalah sebahagian agenda visi konkrit perancangan untuk mereformasi negeri Selangor secara ekonomi,sosial dan politik dengan tujuan menghidupkan urus-tadbir kerajaan yang baik dan penyampaian cemerlang ia juga dapat meningkatkan kualiti hidup rakyat Selangor dengan menggubalkan dasar-dasar menyeluruh yang merangkumi sosial, ekonomi, urus tadbir dan kebajikan masyarakat.
Sebelum sesi dialog bermula wakil dari Kerajaan Negeri Selangor dan MDHS memberikan sedikit ucapan dan disusuli dengan pembentangan Blueprint Selangor 2011-2013 sebagai asas dialog untuk Bajet 2012.
Sdr Hassan Mat Said, Timb Pengerusi PERANTARA
Antara perkara-perkara yang diutarakan khususnya yang berkaitan Antara Gapi dan sekitarnya ialah jalan akses ke Sg Tua, kualiti dan keselamatan jalan, kes-kes pecah rumah dan kecurian, pencemaran kilang, pencemaran bau dari kebun sayur, aktiviti-aktiviti belia dan pemimpin turun padang.
Semoga suara-suara tersebut dapat diterjemahkan dalam cadangan Bajet Selangor 2012 yang nantinya akan memberi pulangan yang baik kepada rakyat, khususnya penduduk di Antara gapi. - Unit MediaPerantara.