Antara Gapi

Antara Gapi...is ideally nestled within the serenity of nature and filled with lush tropical beauty..homes that offer you and your family the opportunity to live in total harmony, amidst an inspiring scenic ambience

Thursday, November 10, 2011


Eidul Adha...mengamit lagi..sudah tentu ibadah qurban menjadi amalan utama yang dinanti-nantikan sebagai tanda syukur kepada Maha Pencipta..Allah azwajala.

“Maka kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu dan sembelihlah qurban (sebagai tanda syukur)”
(Al-Kauthar:2)


Namun usah lupa bulan Zulhijjah ini jugalah berhimpunnya para hujjaj menunaikan rukun Islam yang lima, mereka telah medambakan diri mereka kepada Allah, mereka telah dipilih Allah menjadi tetamuNya. Mari kita doakan agar para hujjaj dari Antara Gapi dan seluruh umat Islam yang kesana mendapat haji yang mabrur dan balik menjadi lebih hebat..insyaallah.


Dari Abu Hurairah ra, Rasulullah saw bersabda : 'Umrah ke umrah berikutnya merupakan pelebur dosa antara keduanya, dan tiada balasan bagi haji mabrur melainkan surga'. HR Bukhari Muslim. 


Sekali lagi Jawatankuasa Ibadah Qurban 2011 Antara Gapi, komite yang diwujudkan oleh Jawatankuasa Surau Al Muttaqin menganjurkan majlis qurban. Kali ini pihak jawatankuasa mendapat penyertaan 3 ekor lembu dari kalangan penduduk Antara Gapi. Jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Hj Bakhtiar yang juga Timbalan Pengerusi Surau Al Muttaqin telah menetapkan majlis tersebut diadakan pada hari raya pertama Eidul Adha 6hb November 2011, jam 10.00 pagi di perkarangan Surau Al Muttaqin. Sebelum itu satu gotong royong telah diadakan pada 5hb november 2011 bagi memastikan segala urusan dan kerja-kerja majlis qurban berjalan lancar.


Majlis qurban yang dimulakan dengan sarapan pagi telah disediakan oleh Sdr Jamaludin dan Pn Hjh Siti Hajar di rumah mereka. 3 ekor lembu qurban telah diuruskan oleh 3 team petugas yang telah siap-siap disusun..menariknya mereka ini terdiri dari kalangan remaja, belia dan warga emas. Sudah tentu kehadiran para belia Antara Gapi menyumbang besar dalam menguruskan lembu-lembu untuk disembelih..jenuh juga nak menumbangkan seekor lembu tanpa orang-orang muda ni. Tukang sembelih kali ini dilaksanakan oleh Ust Yazid dan Hj Mamat, Tok Siak kita. Urusan melapah, memotong dan menimbang disusuli dengan pembungkusan daging yang mana kerja-kerja pemotongan kecil dan pembungkusan ini diuruskan oleh anak-anak remaja kita. Menjelang sebelum waktu zohor, hampir semua daging-daging telah siap dibungkus dan boleh diambil dan diedarkan kepada peserta-peserta qurban, petugas-petugas dan kumpulan sasar dari kalangan warga emas, orang miskin dan yang memerlukannya. 



Sup tulang - sementara kerja-kerja urusan daging berakhir para petugas telah dihidangkan dengan sup tulang dan makan tengahari berlaukkan kari daging. Team masak yang diketuai oleh Pn Siti Hajar dan Pn Hamiah telah bekerjasama menyediakan makanan yang enak dan menyelerakan,apatah lagi setelah penat melakukan kerja-kerja qurban. Tukang masak tidak lain tidak bukan..antaranya Sdr Ghazali dan tokeh Tom Yam, Sdr Hassan dengan dibantu oleh ramai geng-geng wanita.


Sebahagian daging diagihkan kepada warga yang memerlukan di kawasan perumahan Serendah, Sdr Burhan, Pengerusi Jawatankuasa Surau Al Muttaqin sendiri yang mengedarkannya.


Ingin merakamkan jutaan terima kasih dari pihak Jawatankuasa Ibadah Qurban 2011 Antara Gapi kepada semua para peserta qurban, para petugas, warga remaja, warga belia, warga muslimat dan semua penduduk dari Fasa 1B, 1C, 1D, 1E, 2A, 2C dan 5B dan para penyumbang yang telah sama-sama menjayakan majlis qurban pada tahun ini. Semoga segala amal dan usaha-usaha kita dapat mengungkapkan makna dan erti pengorbanan sebagai seorang hamba Allah..lebih-lebih lagi orang yang melakukan qurban itu sendiri. Kita doakan agar kita pula yang berkorban pada tahun hadapan...kita doakan agar kita juga berkesempatan untuk menjadi tetamu Allah..insyaAllah.


- UnitMedia Perantara

No comments:

Post a Comment