Antara Gapi

Antara Gapi...is ideally nestled within the serenity of nature and filled with lush tropical beauty..homes that offer you and your family the opportunity to live in total harmony, amidst an inspiring scenic ambience

Tuesday, October 25, 2011

Isu Keselamatan : Perbincangan Bersama PKNS dan Wakil-Wakil Penduduk

Pada 22hb Oktober 2011 telah berlangsungnya perbincangan berkenaan aspek keselamatan di Antara Gapi. Perjumpaan khas initiatif pihak PKNS dengan wakil-wakil penduduk Antara Gapi adalah sesuatu yang sangat dinanti-nantikan. Isu dan krisis keselamatan dengan beberapa kejadian rompakan dan samun yang berturut-turut menjadi satu mimpi ngeri dan tidak melenakan tidur. Sudah tentu perjumpaan ini memberi peluang dan ruang untuk melihat strategi dan tindakan terbaik secara menyeluruh bagaimana ingin memastikan aspek keselamatan dan kesejahteraan penduduk terjamin.


Perjumpaan yang melibatkan Kontroler Wilayah Tengah PKNS, Pn Rodziah Ahmad dan En Iswardy Mohd Yunus selaku Jurutera Kawasan sudah tentu telah mendapat perhatian pihak tertinggi PKNS. Berlangsung di Pejabat Jualan (Lama) PKNS Seksyen 2A telah menghimpun wakil-wakil dari Persatuan Penduduk Antara Gapi, KRT Antara Gapi, Persatuan Penduduk Seksyen 2A Antara Gapi, Jawatankuasa Keselamatan 2C Antara Gapi, wakil penduduk dari 1E dan wakil penduduk 5A. Perjumpaan ini juga melibatkan Bahagian Keselamatan PKNS serta Sistem Kawalan Sekutu Sdn Bhd selaku kontraktor pembekal pengawal keselamatan yang diwakili oleh Ketua Pengawal Keselamataan.


Objektif perbincangan ialah untuk mendapatkan penjelasan dari pihak penduduk berkenaan isu dan kes keselamatan dan mengenalpasti strategi-strategi utama yang praktikal dan boleh dilaksanakan. Sebelum itu Pengerusi Bahagian Keselamatan telah memberi taklimat berkenaan peranan dan skop pengawalan keselamatan di Antara Gapi. Pengawalan adalah lebih kepada hal-hal pengawalan projek pembinaan rumah dan infrastruktur dan kenderaan-kenderaan yang berkaitan pembinaan juga pengawalan rumah-rumah yang belum diserah kunci. Berikut disenaraikan perkara-perkara berkaitan yang telah dibincangkan :


1.        Penjelasan berkenaanBoom Gate yang telah diluluskan oleh pihak PKNS
2.        Permohonan penyediaan pejabat/ bilik gerakan KRT
3.        Permohonan mengadakan pos-pos kawalan
4.        Status CCTV
5.        Memohon pihak PKNS urge pihak Polis untuk mempercepatkan penempatan Balai Polis
6.        Adakan pos pengawalan di semua jalan masuk utama
7.        Kawalan penempatan warga asing di kebun getah berhampiran/ lot milik individu yang menjadikan Antara Gapi sebagai laluan masuk dan kemungkinan ada anasir-anasir dari kawasan penempatan ini
8.        Laporan berkenaan lori sampah dan lori sampah binaan masuk di perumahan Antara Gapi di awal pagi (4 am/ sebelum 6 am)
9.        Lampu jalan di 5A tidak berfungsi
10.    Lampu di tasik juga tidak berfungsi
11.    Meter board TNB di perumahan 5A dipasang rendah

12.  Semak-samun di bahu Persiaran Gapi 2 perlu `diclearkan’


Diakhir sesi perbincangan beberapa tindakan-tindakan telah digariskan :



1.    Menyediakan cadangan rasmi :

 a.         Lokasi boom gate di setiap fasa
 b.         Bilik gerakan
 c.         Pos-pos kawalan masuk ke setiap fasa
 d.         Pembersihan semak samun
2.    Pejabat Jualan (Lama) PKNS di Seksyen 2A boleh digunakan untuk tujuan mesyuarat   dengan memohon kebenaran dari pihak pengawal
3.    PKNS meminta pihak pengawal menghadkan kemasukkan lori sampah selepas 6 am dan  sebelum 7 pm
4.    Semakan oleh PKNS terhadap aduan lampu jalan 5A dan tasik
5.    Laporan PKNS kepada pihak TNB berkenaan meter board di 5A
6.    Pihak PKNS akan mengadakan `operasi’ di kawasan penempatan warga asing
7.    Mengadakan mesyuarat keselamatan secara berkala
 8. Mengadakan perbincangan yang kerap dengan pihak Polis


Sesungguhnya perbincangan seumpama ini memang membuahkan idea dan langkah-langkah yang difahami, namun akhirnya berTINDAKlah yang menjadi penentu. Seperkara lagi ialah perbincangan ini dapat menemukan banyak pihak yang memudahkan aspek penyelarasan hal-hal berkaitan keselamatan dan yang lain-lain aspek juga.


Pihak Persatuan Penduduk Antara Gapi telah memanggil Mesyuarat Penyelarasan Keselamatan khususnya bagi menyediakan kertas cadangan kepada pihak PKNS :
Tarikh : 26hb Oktober 2011, 
Masa : 9.00 malam
Tempat : Pejabat Jualan (Lama) PKNS Seksyen 2A


Terima kasih kepada pihak PKNS khususnya Pn Rodziah yang telah initiate perjumpaan ini, semoga ia memulakan titik tolak yang positif yang akhirnya memberi impak kepada reputasi dan prospek jualan PKNS dan yang paling utama ialah kepada para pemilik dan penghuni yang mendiami rumah-rumah PKNS ini.
TALK THE WALK ...AND WALK THE TALK!
- Unit MediaPerantara.

1 comment:

  1. merit casino bonus codes, casino bonus codes, master bonus codes
    2021-11-28T23:00:00 · DATAFREE: 50% match deposit bonus up 바카라 사이트 to R25 No Deposit, 50% match deposit bonus up to R25 No Deposit, 10 Free 메리트 카지노 주소 Spins on Book of Dead. choegocasino

    ReplyDelete